Berhati-hati di Forum

Salam hormat,

Anda perlu berhati-hati ketika berkomunikasi di dalam forum. Ini bagi mengelakkan diri dibenci atau disalahanggap. Tidak dinafikan, kita tidak dapat menghalang sesiapa daripada berprasangka buruk terhadap kita, tetapi kita sendiri hendaklah melakukan beberapa langkah pencegahan.

Berikut saya kemukakan langkah-langkah mudah mengelak dari disalahanggap:

  1. Elakkan menulis tanpa penjelasan yang memuaskan. Kadang-kadang kita sudah terbiasa bercakap sepatah atau dua patah kata sahaja di dalam perbualan kita di rumah, sekiranya diaplikasi di dalam forum, ia mungkin mengundang salah faham. Contohnya, kita membalas topik dengan ayat “tidak mahu”. Ayat ini boleh dianggap sebagai satu provokasi.Ia boleh ditafsir dengan pelbagai soalan seperti: Apa yang anda tidak mahu?; Anda tidak bersetuju dengan saya?; Kenapa anda tulis “tidak mahu” sedangkan saya tidak menjangkakan jawapan sebegini? Pembuka topik biasanya akan bersalahsangka sekiranya ayat pembukanya yang berjela-jela dijawab dengan 2 perkataan sahaja!
  2. Elakkan nada perkauman. Sungguhpun majoriti pengguna forum adalah sebangsa dan seagama dengan kita, kita perlu sedar, forum bebas diakses oleh sesiapa sahaja. Jadi, elakkan nada perkauman kerana ia mengundang kemarahan orang lain disamping ia merosakkan cara kita berfikir. Pernah terjadi di forum terkenal WangCyber.com, seorang pembalas topik mengatakan, “rezeki adsense awak tak halal sebab awak guna perempuan telanjang sebagai daya penarik”, padahal pihak ketiga tersebut adalah seorang bukan Islam. Adakah dia akan ambil pusing tentang halal dan haram di dalam Islam?
  3. Masukkan emosi. Salah faham sering terjadi terhadap balasan-balasan topik yang tidak mempunyai sentuhan emosi. Saya pernah bereksperimen dengan menulis satu thread memberi amaran kepada spammer. Saya tidak memasukkan sebarang emosi di dalam thread tersebut. Saya tidak memasukkan kebiasaan ‘gelak jahat’ dan ‘ketawa kecil’ seperti ‘hehehe’ dan ‘hahaha’. Hasilnya? Tulisan saya dianggap serius walhal semasa menulis saya tidak henti-henti tersenyum! Jadi sekiranya anda marah, masukkan emosi marah dan sekiranya anda bermaksud bergurau, masukkan emosi gurauan. Sebab itulah emoticon seperti :) , :( dan ini :D amat penting dalam komunikasi anda.

Begitulah sedikit sebanyak cadangan yang dapat saya buat. Sekiranya anda ada nak tambah, sila-silakanlah membalas topik ini.

Hosting Pertama

Masih ingat lagi, domain berbayar pertama saya adalah ems2k.com

Wah, betapa susahnya nak hafal domain ni. Sesusah domain blog ini. Tapi blog ini tak apalah, blog ini guna nama saya. Kalau saya beli muhammadiyasilias.com atau muhammadiyasbinilias.com tentulah lagi susah orang nak hafal. Hehe.

ems2k tu singkatan kepada eX mAAHAD sTUDENTS 2 K(thou’). Ala, zaman y2k dulu, famous la perkataan 2k ni.. Saya beli dari satu syarikat yang beroperasi di Terengganu.

Niat dihati nak buat komuniti untuk bekas pelajar Maktab Mahmud Alor Star Class of 2000. Tapi saya ni tak ada bakat nak uruskan sesuatu komuniti. Berkuburlah web tu.

Dulu kalau nak buat komuniti, orang guna Postnuke, phpnuke.. sekarang orang dah guna joomla, wordpress.

Akan datang? Entahlah. Harapnya ketika itu saya menjadi salah seorang tenaga penggeraknya.

Baiklah, apa pula domain pertama anda?

Jangan Sakit Hati

Pemilihan domain dan hosting provider adalah kritikal dalam perniagaan internet.

Cuba anda pilih antara 3 di bawah:

  1. Murah tapi kerap down
  2. Mahal tapi jarang atau hampir pasti tidak akan down
  3. Sederhana tetapi jarang down

Memanglah tidak dinafikan, semua orang nak murah dan tidak akan pernah down… tetapi be realistic-lah.

Jadi apa pilihan anda? Jika anda pilih 1, maka janganlah sakit hati dan melalak di dalam forum memburukkan nama hosting provider chap ayam berkenaan. Anda yang memilih mereka. Pilihan adalah ditangan anda.

Bagi kami di Cube.My, kami tidak bersaing dari segi harga. Kami mempertaruhkan kredibiliti prestasi server kami. Kami adalah hosting provider sederhana. Buat bisnes, biar hati tenang.

p/s: Saya sedang mempertimbangkan kemasukan suntikan modal bagi membuat promosi agresif. Tetapi ia masih diperingkat rancangan.

This is Genius!

Ya, saya tulis tajuk dalam bahasa Inggeris sebab inilah yang terpacul dari fikiran saya tatkala menghabiskan bacaan salesletter: http://www.pluginprofitsite.com/

No links, absolutely no affiliate links.

Tiada link, sudah tentu tiada affiliate link - dari saya. Sebabnya, saya betul-betul kagum dengan idea pencipta web ini. Entah siapa, saya dah lupa dan kurang periksa.

Biasanya saya membaca salesletter IM tempatan dan luar negara, dan membuat andaian awal - satu antara dua:

  1. Penulis mahu menjual produk digital/fizikal
  2. Penulis mahu menjual servis

Tetapi pengolahan, cara dan sistem oleh si genius ini memberikan saya lebih idea! Ia sangat menarik. Bacalah dan cuba cari apa yang dijual oleh si genius ini?

p/s: sekarang anda sudah tahu apakah diantara kegiatan harian saya…

Sambutan Menggalakkan - KelabSaham.com

Nampaknya sambutan - dari pembeli ebuku - terhadap KelabSaham.com amat menggalakkan.

Suka saya maklumkan di sini, bahawa tidak semua akan terpilih menyertai kelab ini. Sebelum hari pelancaran pada 1 Januari 2009, saya akan lakukan sedikit temuduga kemasukan. Ini bagi mempastikan ahli kelab terdiri daripada mereka yang betul-betul sesuai dengan tujuan dan perjalanan kelab nanti.

Kepada yang berminat dan belum mendaftar pra keahlian, sila layari http://www.kelabsaham.com untuk mendaftar.

Projek Terbaru

Terhangat di Pasaran!

Saya akan melancarkan projek terbaru pada 1 Januari 2009.

Projek berkaitan saham ini adalah lanjutan daripada sambutan hangat terhadap ebuku saya PanduanSaham.com.

Projek tersebut akan beroperasi di alamat ini: http://www.kelabsaham.com

Cadangan Terbuka Buat Labanon

Cadangan Terbuka buat Labanon yang sedang melancarkan Pakej NiagaKit.

  • Berikan tempoh percubaan selama 14 hari
  • Sekiranya pelanggan tidak berpuas hati(kes terpencil), refund kecuali pendaftaran domain RM100

Biasanya pelanggan mahu melakukan bisnes dalam jangka masa panjang. Berikan peluang kepada mereka untuk mencuba kehebatan NiagaKit. Berikan keyakinan kepada mereka untuk mencuba.

Kit ini adalah apa yang saya cari di dalam projek lama saya(belum lancar). Saya pasti tidak akan mensia-siakan peluang kali ini. Doakan kejayaan projek saya dengan bantuan NiagaKit ini.

Pembuli Forum

Pembuli forum adalah merujuk kepada mereka yang suka membuli ahli baru sesuatu forum. Perbuatan yang boleh diklasifikasikan sebagai membuli di dalam forum adalah

  1. Meminta seseorang ahli forum membuat post di bahagian forum pengenalan sebelum bertanyakan apa-apa soalan. Tidak dinafikan adalah menjadi adab yang baik membuat post pertama di forum pengenalan, tetapi meminta ahli berkenaan melakukannya adalah suatu perbuatan membuli.
  2. Menghalang seseorang ahli forum mendapatkan penjelasan melalui forum terbuka. Kebanyakan forum mempunyai bahagian yang dikenali sebagai “Komen dan Report”. Pembuka thread di bahagian ini tidak boleh dinafikan haknya untuk mendapatkan penjelasan. Menafikan haknya adalah suatu perbuatan membuli.

Moderator sesuatu forum biasanya disalahanggap sebagai pembuli di dalam forum. Adalah menjadi hak moderator menjalankan tugasnya. Beliau wajar dianggap membuli hanya sekiranya tindakannya melampaui peraturan dan tatacara forum.

Hasil Teknik Mengawal Spam

Salam,

Sebelum ini, saya pernah mengajar cara mengawal spam.

Untuk pengetahuan anda, teknik yang saya ajar bukan sahaja dapat mengawal spam, malah kita dapat mengetahui usahawan internet manakah yang menjual email kita ataupun menggunakan aktiviti spam melalui identiti yang dirahsiakan.

Jadi, amaran kepada spammer, saya tahu siapa anda, keluarkan email saya dari list secara berhemah sebelum saya menggunakan ‘another trick up my sleeve’.

Kupon Godaddy Lagi!

Kupon yang lama dengarnya dah tak boleh pakai. Jadi, terimalah kupon-kupon yang baru pulak…

OYH3 - $2.50 off / $7.45 any .COM (renewals too… just used it)

BTPS7 - 20% any order of $50 or more

OYH1 - 10% off whatever

OYH2 - $5 off a $30 purchase

BTPS4 - 10% off anything

chill1 - 10% off

chill2 - $5 off $30

chill3 - $7.45 .coms

hash1 - 10% off

hash2 - $5 off $30

hash3 - $7.45 .com registration

gdd1101c - 10% off any order of $40 or more 

Sumber: WangCyber.com

  1. Recent Posts

  2. Pages

  3. Archives

  4. Categories

  5.  

    November 2008
    M T W T F S S
    « Oct    
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  6. Tag Cloud